Sunday, February 12, 2012

Mai memilih menantu.

Tulisan ini saya tujukan kepada rakan satu batch yg mula memikirkan anak anak akan berkawin dan anak anak akan memilih pasangan.

Hari ini kita hidup dizaman dimana kuasa ayah utk menentukan siapa pilihan anak adalah begitu terhad. Zaman "kau kena kawin dgn sipolan" telah lama berlalu. Zaman ini adalah zaman anak memilih sendiri dan jika kiranya pada ibubapa pilihan itu kurang tepat maka boleh berlakulah ketegangan dgn sianak. Anak merasakan beliau tahu siapa yg mahu dipilih sebab beliaulah yg akan berkahwin. Bukan emak dan ayah yang mahu berkawin.

Dimasa yg sama emak dan ayah mengetahui bahawa hasil perkawinan cinta cintan pada hari ini telah menyebabkan begitu banyak perceraian perkahwinan dalam lingkungan 3-5 tahun. Begitu 'fragile'nya perkahwinan hari ini. Sebagai ibubapa maka akan wujud kebimbangan. Malah jika anak kita anak perempuan, kita memandang bertahun tahun kehadapan utk memastikan anak kita itu selamat dan berada dalam dakapan seorang lelaki yg beriman dan bertakwa. Maka bagaimana kita boleh memastikan anak kita memilih pasangan yg baik utk meminimakan keburukan dlm jangkamasa panjang.

Setting 'ground rules'.

Saya mengambil kaedah utk membincangkan memilih pasangan sebaik shj anak selepas SPM. Walaupun nampak mereka terlalu muda tetapi ia merupakan persediaan utk mereka melangkah keluar. Apabila mereka mula memasuki IPT maka mereka tidak lagi berada didepan mata. Mereka akan berjumpa ramai kenalan. Ada yg mereka suka dan akan ada yg menyukai mereka. Walaupun anak anak ini telah dilengkapkan dgn ilmu agama dan quran, hasil dari sekolah integrasi islam Alamin yang baik, tetapi environment boleh mengubah mereka.

Dengan didikan itu saya percaya, anak anak saya dan rakan2 mereka bukan dari jenis 'kepit-kepitan, senggol senggolan' dan juga mereka tidak perlu mengikut nasihat lagu 'Bila berpacaran'. Lagu bila berpacaran menghalalkan berkepitan yg mempunyai potensi utk membuakkan emosi muda.

Ground rules saya adalah mudah. "abah tak kisah sape yg dipilih, tapi yg mesti ialah dia mesti ikut usrah". Ground rules memberikan kebebasan memilih tetapi pemilihan mestilah berdasarkan prinsip yg ditentukan.

"Ikut Usrah"?. Ya..ikut usrah. Satu syarat yg amat pelik bagi setengah orang.

Perkahwinan adalah satu risiko yg amat tinggi. Ia adalah cantuman dari dua hati dari dua background yg susah utk diselidiki. So sistem usrah merupakan satu sistem pendidikan dan juga indirect screaning supaya yg masuk kedalam lingkungan keluarga ini adalah mereka yg telah dididik dan diasuh mengikut satu methodologi yg telah terbukti zaman berzaman.

Saya tidak mahu mengambil risiko 'lepas kawin baru nak didik' kerana bukan mudah utk mendidik seorang manusia yg telah dididik selama 18 tahun oleh sistem ibubapanya sendiri. Oleh itu usrah sedikit sebanyak akan membentuk anak ini. Jika anak itu jenis yg telah keras dan tidak boleh dibentuk, maka beliau akan terkeluar dari sistem tersebut kerana sistem usrah mempunyai metodologi dan disiplin diri yg tinggi. Ini bukan menidakan mereka yg tidak mahu memasuki sistem itu. Cuma utk masuk kedalam keluarga ku maka 'do it my way' spt kata frank sinatra.

Peranan MatchMaker " Baitul Muslim".

Saya bertuah kerana berada dalam organisasi pas dan ngo ikram. Dua organisasi ini adalah kukuh dan mempunyai disiplin displin tersendiri. Ia membentuk peribadi dan juga membentuk arah perjuangan yg jelas.

Dlm ngo ikram, terdapat satu badan yg merupakan matchmaker kepada mereka yg berminat utk menggunakan proses ini. Proses in dijalankan dgn teratur termasuk memohon petunjuk dari Allah dlm memadankan bakal2 pengantin. Saya telah menggunakan ini dgn dua keadaan.

Pertama dimana anak yg menyerahkan kpd baitul muslim secara keseluruhannnya. Dlm kes ini fasilitator menguruskan bakal2 pasangan dengan kaedah screaning, personaliti matching, istiharah, facilitate perjumpaan sehinggalah kedua teruna dan dara bersetuju bahawa mereka mahu bersama. Sembahyg isthiharah adalah instrumen penting dalam proses ini. Saya sebagai bapa, mengambil kesempatan utk melakukan screaning juga, cuma saya hanya melihat dari aspek kesihatan jangkapanjang shj. Keputusan akhir tetapi dilakukan oleh tuan badan.

Kedua. Kes kedua adalah dimana menangani bahawa " ooo .. dah ada org book anak aku". Kes ini perlu ditangani dengan baik utk memastikan anak tidak terluka hatinya. Apabila saya ketahui bahawa sudah ada org 'book' anak ini, maka kedua2nya diminta mengisi borang baitul muslim dan diserahkan kepada fasilitator baitul muslim. Mereka berdua perlu bertemu bual dgn fasilitator baitul muslim.

Selepas mendapat clearance dari fasilitator ini, maka pada masa yg ditentukan, saya pula menemubual sama ada org ini sesuai utk menjadi teman hidup jangka panjang anak saya. Dalam kaedah ini, walaupun saya membenarkan anak saya memilih pasangan tetapi bakal pasangan itu tetap perlu melepasi dua step iaitu screening dari fasilitator baitulmuslim dan juga temubual bersama saya. Fasilitator ini adalah org yg berpengalaman dan bertakwa maka proses dan methodologi malah gerak hati beliau amat diperlukan. Kaedah ini juga mungkin membenarkan kiasan org tua 'sekilas ikan diair, tau jantan betinannya'.

proses2 diatas hanya lah satu usaha utk meminimakan risiko jangkapanjang. Selepas berkahwin terpulanglah kepda keimanan dan takwa pasangan utk membina satu syurga didunia. Kita perlu ingat silap langkah,perkahwinan boleh menjadi neraka dunia, nauzubillah.

Oleh itu bagi mereka yang ingin membantu pemilihan pasangan anak, anda mungkin ingin mengambil kaedah ini.
Mungkin ada yg mengatakan prosesnya nampak cerewet, tetapi org putih ada berkata 'better safe than sorry".

Moga Allah kurniakan anak2 kita menjadi sholeh wa musleh, berjaya dunia akhirat dan membahagiakan kita dunia dan akhirat.

Wallahualam.

Tuesday, November 08, 2011

Skim rumah pertama 400k - patut kah diambil.

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

pada cermah rancang wang belia ikram KL pd sabtu okt 29 lalu, ada satu soalan mengenai skim rumah pertama maksimum 400ribu, sama ada patut kita ambil atau tidak.

Persoalan asas yg perlu ditanya ialah mampukah atau tidak.

utk pembiayaan 400ribu dgn keuntungan bank, katakanlah, 4.5%, utk 30 tahun pembiayaan, bayaran bulanan ialah dalam Rm2000. (sila cek dgn bank utk kepastian dan sebarang perubahan).

Bank memberi pembiayaan berdasarkan 30-40% dari pendapatan. Oleh itu utk Rm2000 sebulan, pendapatan yg diperlukan ialah RM6000 sebulan. Dalam kata lain, jika skim ini masih limit pendapatan individu kpd rm3000, maka combined income suami isteri berjumlah Rm6000 diperlukan. (kalau pembiayaan Rm200000, rm 1000 sebulan so pendapatan Rm3000/mth) . (sila cek dgn bank utk kiraan detail)

cuma kena take note, pembayaran RM2000 itu boleh meningkat jika BFR terus meningkat. Dalam masa 1-2 tahun ini BFR telah meningkat beberapa kali.

Tapi secara umumnya bagi yg layak, saya menggalakkan utk mengambil pembiayaan ini sebab ia memberi pembiayaan 100%. Bukan mudah nak menyediakan 10% + 5% itu. Saya dulu meminjam keliling, itu pun dgn janji petronas akan pulang balik. So sape yg mahu, sila buat perkiraan anda dan start scouting rumah yg baik dgn lokasi yg baik.

Sape yg mahu mengikut qaul beli cash, anda boleh mengambil risiko itu kerana so far harga rumah tidak pernah turun. Kenaikan harga rumah yg mendadak pada 2-3 tahun ini adalah mungkin kerana cycle tiap 10 tahun dan mungkin juga kerana manipulasi bank.

secubit coretan utk yg berduit

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

1. mendengar setengah org yg berduit, melabur dgn hanya mendengar penerangan dari sales person membuat hati saya bergetar. Bimbang rasanya bila mendengar org melabur at the spur of the moment.

2. Nak menasihat org yg berduit susah gak sebab penulis sendiri bukan dikalangan org yg berjaya financially. Hidup sekadar kais bulan makan sebulan dan drive pun kereta tua berumur belasan tahun, tidak cukup utk claim ' i have make it'. Cuma yg ada ialah minat utk membaca dan mengambil tahu. So tulisan ini sekadar lontaran kpd mereka yg berduit dari org yg tak cukup duit.

3. Org berduit selalunya sibuk tetapi itulah yang akan memakan diri mereka sendiri dalam pelaburan.

Dua contoh real yg boleh saya kongsi, 1. seorang senior consultant yg hilang rm500ribu dalam pelaburan amanah sahamnya apabila saham itu jatuh dan agennya tidak langsung memberitahunya. 2. Adik saya sendiri yg hilang beberapa puloh ribu kerana sebab yg sama.

Dalam kata lain, apabila kita menyerahkan pelaburan kita semata-mata keatas org lain, maka tunggu lah akibatnya. Tidak kiralah hebatnya anda, sama ada pengurus besar atau pakar besar atau consultan berbadan besar, atau bijak macamana sekali pun, tetapi bila ia meninggalkan pelaburannya utk dikawal oleh org lain sepenuhnya maka ia menunggu bencana.

4. Antara contoh nyata ialah pelaburan amanah saham melalui kwsp. Ada org sign borang dgn agen melebihi 2-3 borang. Jika dia sign 2 borang shj, maka setelah 6 bulan barulah agen itu akan mengadap beliau, kalau 3 borang 9 bulan. Itu sebab kami mencadangkan agar sign borang hanya 1, dan biarkan agen itu datang utk mengadap lagi bagi borang berikutnya pada 3 bulan akan datang. Bila beliau datang maka bolehlah kita bertanya.

5. Konsep asas pelaburan amanah saham ialah, bila share market naik, kita mengambil keuntungan dari amanah saham kita dan beralih kpd bond. Ataupun jika boleh kembali ke kwsp. Cuma pelaburan kwsp adalah tidak sah syariah, maka kita boleh menukar kepada pelaburan tabung haji, utk memastikan sebahagian keuntungan itu terjaga. Tetapi berapa ramai agen yg menasihat demikian? Berapa ramai agen yg akan mengingatkan pelaburnya supaya mengambil sedikit keuntungan.

6. Satu lagi yg perlu diingati oleh org yg berduit ialah, pada hari ini tidak ramai org 'real financial planner'. Yg ramai ialah sales agent yg menjual produk mereka. So mereka tidaklah mengkaji keperluan pelabur. Yg penting bagi mereka ialah menjual produk mereka. Kita tak boleh salahkan mereka kerana mereka hidup diatas komisen yg diberi. Maka org yg berduitlah perlu memastikan ia tahu akan konsep2 asas pelaburan. JIka tidak, bersedialah utk merasa 'fingers burned'.

Kalau ada perkara2 diatas berlaku pada anda, mungkin anda sebagai org yg berduit, ingin melihat kembali strategi pelaburan anda.
Perkara diatas mungkin juga kurang nilainya, cuma ia mesti dikeluarkan dari minda saya supaya idea lain boleh masuk.

Thursday, October 13, 2011

Akhirnya Jejak 10 ribu tetamu

Saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua tetamu yg telah melawat blog ini. Saya menunggu nunggu angka 10 ribu ini. Ia mengambil masa kurang seminggu dari 3 tahun.

Rasanya ia telah lebih awal menjejaki 10ribu cuma masa peringkat awal beberapa tahun, jumlah tetamu tidak di track.

Moga kalian menjadi pendeposit kepada bank amal jariah saya.
Moga saya berjaya dalam perjuangan melawan sifat ujub dan riak.

Terima kasih semua.

Seminar Rancang Wang Orang Muda

Sunday, August 28, 2011

Saya Mohon Kemaafan

ditengah mencari keampunan allah
dgn doa plepasan azab api neraka
rasanya tidak lgkap
tanpa kemaafan dari manusia

saya mohon kemaafan dr sahabat sekelian
yg pernah saya sanggah
yg pernah saya siniskan
yg saya sakitkan hatinya
yg mgkin saya kata umpatkan
saya mohon kemaafan kalian

nothing personal kata org putih
tapi hati kalian hanya kalian yg tahu

berbekalkn bibir yg bertahi lalat
bukan bmakna nice 2b kissed
tp kata org melayu
ia gatal dcampur bisa
ditambah ego yg melata
dgn akhlak yg tidak sempurna
ditambah dgn kenipisan sabar
kemaafan kalian saya pinta
tanpanya saya tersgkut disana

tiada janji utk tidak buat lg
mgkin krna it is in t blood
tp akan cuba lebih bhati2

bersama syahdu subuh dimasjid ini
kemaafan kalian
memang saya pinta
supaya rintihan terasa sempurna

masjid jame kucing
subuh 27 ramadhan 2011.

Sunday, June 05, 2011

Seminar Rancang Wang



Sila Kontak Penganjur jika berminat.

Saturday, January 01, 2011

Menetapkan Pencapaian 2011

Selamat Tahun Baru.

Orang kata kita perlu mewujudkan azam pada setiap awal tahun ni. Saya pun dah lama tak letak azam yg betul2 dikatakan azam pada tiap awal tahun.

Tapi mungkin pada tahun ni kita mahu melihat kembali apa yg telah berlaku atau apa yg telah kita lakukan dan apa yg patut kita lakukan pada 2011 ni. Mungkin juga kita ingin melihat apa yg ingin kita capai dalam pada tahun 2011 ini.

Kalau ikutkan, byk aspek yg perlu kita lihat spt:

Ruh dan aqidah kita dan keluarga.
Keimanan dan praktik islam kita.
Pembangunan dan pendidikan anak2.
Aqidah dan praktik islam anak2 kita.
Peningkatan ilmu kita.

Hubungan suami isteri kita.
Hubungan dgn ibubapa kita.

Kewangan kita.
Pelaburan kita.
Hutang2 kita.

Kerjaya kita.
Kualiti kerja kita.

Khidmat kita kpd masyarakat.
Hubungan kita dgn masyarakat.

Terpulang pada kita sendiri utk memilih mana yang ingin kita tekankan pada 2011 ini.
Mungkin semua, mungkin sebahagian dan mungkin satu sahaja. Yang pentingnya, apa yg kita pilih akan membawa kita kepada kejayaan dunia dan akhirat.

Selamat Tahun Baru 2011

Monday, November 08, 2010

Tips Menjimatkan Minyak Dengan Jayanya

Posted by: ":: eSpAcE 9808 ::" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Mon Nov 8, 2010 2:06 am (PST)



Tips Menjimatkan Minyak Dengan Jayanya
matjoe

Sebelum ini aku ada beri tips jimatkan minyak which is beli kereta yg rendah fuel consumption seterusnya senarai kereta yang menjimatkan minyak. Kali ini aku nak share lagi tips menjimatkan minyak lagi.

1) Pemilihan jenama minyak - Setengah orang menganggap semua minyak sama tapi hakikatnya berbeza kerana ADDICTIVE dalam minyak utk sesuatu syarikat berbeza. Melalui pembacaan aku dalam comment yang diterima di blog paultan utk entry berkaitan petrol BHP, ramai reader yang bagi comment petronas ron95 adalah menjimatkan minyak.

2) Jangan tekan minyak dan break dengan mendadak - Perbuatan ni membuatkan penggunaan bahan api meningkat, sebaliknya tekan minyak secara perlahan (jgn la perlahan sangat sampai orang belakang marah) begitu juga dgn membrek,

3) Bawa pada gear yang sesuai - Kalau bawak kereta manual, kene gunakan gear yang sesuai, jgn biar kereta berada lama pada gear rendah, sebolehnya dapatkan kelajuan gear 5 secepat mungkin. Off course laa jgn bawak 40km/h nak stay gear 5 lagi

4) Stay below 3000rpm or below 90km/h- Relative dengan Torque Maksima pada RPM tertentu, paling optimun penggunaan bahan api adalah pada RPM itu. Apapun tak perlu pikir sangat pasal torque, senang cerita stay within 90km/h ataupun jaga RPM jangan lebih

5) Kurangkan berat badan dan berat barang dalam kereta -Lagi banyak beban nak bawak, lagi banyak minyak digunakan. so kalau anda gemuk, bila berjaya kuruskan badan, boleh jimatkan penggunaan minyak. Jangan bawak benda2 yang tak perlu. aku pun selalu terlupa keluarkan stroller. Mmg ada org yang dalam kereta dia byk sangat barang dan fail, mcm contoh ajen insurans dan ajen unit trust.

6) Servis kereta ikut jadual - Ni penting untuk servis kereta ikut jadual kerana bila minyak hitam dh kotor, makin banyak consume minyak. What's more kita punya kereta lebih selamat untuk dinaiki, kalau lama tak servis mana tahu kalau2 minyak hitam bocor, alih2 enjin rosak kereta tersadai, kan payah tu

7) Angin tayar biar optima - Kalau terlampau tinggi tekanan, melambung2 dibuatnya bila laju, x selamat pulak. Kalau lembik tayar (tekanan angin rendah) minyak akan digunakan lebih. Adalah sesuai utk check angin at least sebulan sekali. Boleh check berapa kadar angin yg sesuai utk sesuatu kereta tu somewhere dekat tempat duduk driver.

Save Even More Fuel With These 10 Simple Steps
informasi-kereta. blogspot

Fuel economy in automobiles is the amount of fuel required to move the automobile over a given distance. While the fuel efficiency of petroleum engines has improved markedly in recent decades, this does not necessarily translate into fuel economy, if consumers prefer or are required to buy larger and heavier vehicles that are more comfortable or have more mandated safety features.

Belows are a few useful tips in order to save more fuel and very easy to practice:

1 - Avoid High Speeds

As your speed increase, your aerodynamic drag increases in an exponential fashion. Driving 62mph (100km/j) vs 75mph(120 km/j) will reduce fuel consumption by about 15%.

2 - Do not Accelerate or Brake Hard

By anticipating the traffic and applying slow steady accelerating and braking, fuel economy may increase by as much as 20%.

3 - Keep Tires Properly Inflated

Keep tire air pressure at the level recommended by your vehicle manufacturer. A single tyre under inflated by 2 PSI, increase fuel consumption by 1%.

4 - Use Air Conditioner Sparingly

When the air conditioner is turned on, its put extra load on the engine forcing more fuel to be used (by about 20%).

5 - Keep Window Closed

Windows open, especially at Highway speeds, increase drag and result in decreased fuel economy of up to 10%

6 - Service Vehicle Regularly

Work for both. Proper maintenance avoid poor fuel economy related to dirty air filters, old spark plug or low fluid levels.

7 - Maintaining a Constant Speed

Maintaining a constant speed overlong distances often saves gas.

8 - Avoid Heavy Load

Remove sand bag from your trunk in the spring and pack lightly for long trips.

9 - Avoid Long Idles

If you anticipate being stopped for more than one minute, shut off the car. Restarting the car uses less fuel than letting it idle for this time.

10 - Do not Warm Up Your Engine

Drive off immediately at a low speed after starting your car. This way, the engine will warm up faster and lubricate better.